PERSIMPANGAN KEHIDUPAN TERLALU SUKAR UNTUK DILALUI JIKA TIADA KEKUATAN SERTA KEINGINAN UNTUK BANGKIT DARI KEGAGALAN

Friday, December 30, 2011

Penat vs letih

Terlalu penat rasanya.. cuma tekad sahaja yang dapat memberikan kekuatan. Memujuk hati agar bersabar bahawa setiap yang bermula pasti akan berakhir. walau penat macam mana sekalipun kena bertenang ..
Dugaan sewaktu pulang terlalu lebat hujan yang turun , seolah2 langit telah bocor, sejuk rasa alam, dingin rasa tubuh.. semua pergerakan terasa lambat seolah waktu terlalu malas untuk berlalu.

Pasti sahaja penghuni alam merasa syukur atas turunnya rahmat nie. termasuk la diri sendiri.. sebabbb boleh.....

tidur dengan nyenyak sekali..

Monday, December 19, 2011

Bisikan Nurani

Disetiap liku kehidupan pasti akan terselit kisah yang memberi ingatan serta pengajaran. Yang manis pasti akan membuat tersenyum bila dikenangkan dihari kemudian. Yang pahit pasti menuntut air mata bagi membasuh kembali sisa2 kenangan.

Jangan disesal jika segala kebaikan yang diberikan dibalas dengan kelukaan yg tidak termampu untuk ditahan.

Titiskan air mata penyejuk amarah agar segala kepedihan itu mampu beransur pergi biarpun sedar pasti meninggalkan bekas dihati.







Thursday, December 15, 2011

antara lagu kegemaran...

tringat masa sekolah dulu best betul bila dengar lagu nie... mengimbas semula kenangan .. dalam senyum pasti ada duka.. dalam tawa pasti ada air mata.. namun itu semua hanya untuk memberi warna pada pengalaman hidup.. jom dengar..







Wednesday, December 14, 2011

warna -warna kehidupan

termenung sekejap bila memikirkan ragam manusia.. kenapa manusia suka sangat menuding jari kepada orang lain disaat dirinya mengalami masaalah. mengapa kecenderungan untuk menyalahkan lebih tinggi dari memikirkan punca masaalah dan jalan penyelesaiannya..


Apakah mereka lupa bahawa bukan manusia namanya jika mereka tidak diuji dan diduga.. sesungguhnya setiap dugaan yang datang itu telah diyakini bahawa manusia itu mampu memikulnya.. kerana mana mungkin Allah swt membebankan manusia dengan dugaan yang tidak termampu untuk dipikul oleh hambanya..

hodoh betul bila kita marah... cuba tenang dan berfikir 10 kali sebelum marah.. mhmm 10 sbb tuk marah..kekadang tu x sampai pun dua sebab yg membuatkan kita marah... tapi sebab x sabo.. maka jadilah kita tawanan kemarahan yang tidak bertepi..



apa-apa pun jom dengar lagu nie... memang best.... chammak challo..





Monday, December 12, 2011

kunci oh kunci

harini buat keje giler.. kunci moto dihilangkan oleh anak bertuah.. so setelah mencuba sume kunci yang ada maka kunci kereta boleh tuk on enjin moto... haha..

asalkan enjin leh hidup

dah lama x mengamuk... jadi bila mengamuk rasa yang amat hodoh sekali, rasanya hantu lagi lawa, nasib baik x lama leh control amarah yg menggila ..

sajer jer pilih icon yg nie comel ckit

x pasal nak g duplicate key tu.. sampai kat kedai cina tu siap tanya mana u punya kete.. go n try this key either can work or not..  arghhh... nak marah ker nak gelak..  hentam jer la kunci kete pakai tuk moto...

banyak2 ler bersabo yer...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...