PERSIMPANGAN KEHIDUPAN TERLALU SUKAR UNTUK DILALUI JIKA TIADA KEKUATAN SERTA KEINGINAN UNTUK BANGKIT DARI KEGAGALAN

Friday, December 30, 2011

Penat vs letih

Terlalu penat rasanya.. cuma tekad sahaja yang dapat memberikan kekuatan. Memujuk hati agar bersabar bahawa setiap yang bermula pasti akan berakhir. walau penat macam mana sekalipun kena bertenang ..
Dugaan sewaktu pulang terlalu lebat hujan yang turun , seolah2 langit telah bocor, sejuk rasa alam, dingin rasa tubuh.. semua pergerakan terasa lambat seolah waktu terlalu malas untuk berlalu.

Pasti sahaja penghuni alam merasa syukur atas turunnya rahmat nie. termasuk la diri sendiri.. sebabbb boleh.....

tidur dengan nyenyak sekali..

Monday, December 19, 2011

Bisikan Nurani

Disetiap liku kehidupan pasti akan terselit kisah yang memberi ingatan serta pengajaran. Yang manis pasti akan membuat tersenyum bila dikenangkan dihari kemudian. Yang pahit pasti menuntut air mata bagi membasuh kembali sisa2 kenangan.

Jangan disesal jika segala kebaikan yang diberikan dibalas dengan kelukaan yg tidak termampu untuk ditahan.

Titiskan air mata penyejuk amarah agar segala kepedihan itu mampu beransur pergi biarpun sedar pasti meninggalkan bekas dihati.







Thursday, December 15, 2011

antara lagu kegemaran...

tringat masa sekolah dulu best betul bila dengar lagu nie... mengimbas semula kenangan .. dalam senyum pasti ada duka.. dalam tawa pasti ada air mata.. namun itu semua hanya untuk memberi warna pada pengalaman hidup.. jom dengar..







Wednesday, December 14, 2011

warna -warna kehidupan

termenung sekejap bila memikirkan ragam manusia.. kenapa manusia suka sangat menuding jari kepada orang lain disaat dirinya mengalami masaalah. mengapa kecenderungan untuk menyalahkan lebih tinggi dari memikirkan punca masaalah dan jalan penyelesaiannya..


Apakah mereka lupa bahawa bukan manusia namanya jika mereka tidak diuji dan diduga.. sesungguhnya setiap dugaan yang datang itu telah diyakini bahawa manusia itu mampu memikulnya.. kerana mana mungkin Allah swt membebankan manusia dengan dugaan yang tidak termampu untuk dipikul oleh hambanya..

hodoh betul bila kita marah... cuba tenang dan berfikir 10 kali sebelum marah.. mhmm 10 sbb tuk marah..kekadang tu x sampai pun dua sebab yg membuatkan kita marah... tapi sebab x sabo.. maka jadilah kita tawanan kemarahan yang tidak bertepi..



apa-apa pun jom dengar lagu nie... memang best.... chammak challo..





Monday, December 12, 2011

kunci oh kunci

harini buat keje giler.. kunci moto dihilangkan oleh anak bertuah.. so setelah mencuba sume kunci yang ada maka kunci kereta boleh tuk on enjin moto... haha..

asalkan enjin leh hidup

dah lama x mengamuk... jadi bila mengamuk rasa yang amat hodoh sekali, rasanya hantu lagi lawa, nasib baik x lama leh control amarah yg menggila ..

sajer jer pilih icon yg nie comel ckit

x pasal nak g duplicate key tu.. sampai kat kedai cina tu siap tanya mana u punya kete.. go n try this key either can work or not..  arghhh... nak marah ker nak gelak..  hentam jer la kunci kete pakai tuk moto...

banyak2 ler bersabo yer...


Sunday, December 11, 2011

selamat pagi...harini rasa happy jer... walaupun keje umah bertimbun... tak tau mana satu nak buat dulu...sajer jer berblog dulu hehe...
tapi mesti berfikiran positif, kan ker satu senaman tu.. dah tau cukup liat nak buat excercice so ambil ler peluang bersenam rela dalam paksa nie.. hehe


tengok kat luar bestnya banyak buah rambutan... merahhhhnyaaa


haha.. nak sign out.. nak g kait rambutan.. jumpa lagi... mhmm pastu baru start excercise... bye..


Wednesday, December 7, 2011

segar malar...

jom dengar lagu nie... bestnya
Vagrant - Kerana Takdir

Bukan kerana kemarau panjang
Lautan kasih menjadi gersang
Bukan kerana ribut dan taufan,
Bunga ku layu dalam jambangan.
Tapi kerana takdir telah tertebar,
Sebab menanti masa sampailah waktu akhirnya...

Terputuslah tali ikatan janji bila kasih,
Terpadam mimpi hanya rindu yang setia menunggu,
Walaupun dibelenggu tanpa kasih dan waktu,
Cinta seumpama bayang-bayang.
Bila terang ia hadir walaupun diusir,
Bila gelap ia hilang walaupun diundang





Tuesday, December 6, 2011

Menyusuri laluan kenangan

Balik kampung aritu berjaya mengajak mak ngan abah g jenjalan.. hehe cuma anak2 jer yang pening bila maa dia ajak g tempat yang x menarik pada diaorang..
tak jem x per hehe


sepanjang perjalanan bermacam2 perkara bermain dalam fikiran, teringat semua kenangan yang menarik bila terpandang sume landmark yg ada.. contohnya gambar nie

jam seratus tahun kampar

tringat rakan sekolah yang menggayakan kebaya puteri gunung ledang.. hehe.. menang pulak tu.. seronok masa event seratus tahun kampar nie..
tokong cina

balik sekolah dulu takut betul tengok tokong nie... sbb gelap dari luar.. menggerunkan.. laju jer jalannya.. hehe
first time belajar pos surat..

dulu2 takut tengok kerani kat kaunter nie.. nak beli stem pun takut nak cakap.. heehe

ACS.. garang2nya cikgu.. :(

mhmm... lain kali sambung lagi... bz sikit.. masa x cukup tuk menaip..


Wednesday, November 30, 2011

macam2 cara buat kat blog nie.. seronok pulak.. tapi yang nak lucunya apa benda yang nak ditulis.. sajer tuk mengisi masa lapang.. mungkin lepas singgah mana2 blog nanti ada ilham apa yang nak ditulis.. hehe



Saturday, February 5, 2011

 tenang aman serta tenteram menjadi impian setiap insan dimuka bumi ini

Friday, February 4, 2011

jangan dibenarkan kelukaan menjadi satu kemestian didalam setiap kegagalan. juga jangan disesal jika terus terluka biarpun tidak terdaya lagi mengharunginya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...